ADS

Monday 18 July 2016

[UNPAID REVIEW] UBAT KUDIS BUTA ATAU SCABIES RASH

😷


SCABIES
atau dikenali sebagai kudis buta merupakan penyakit kulit yang mudah didapati jika
pesakit terdedah pada serangga yang dipanggil hama
hama yang telah menjumpai host/pesakit akan membuat terowong di dalam lapisan kulit akan bertelur untuk membiak.
Ia bukanlah disebabkan oleh persekitaran yang kotor atau kurangnya penjagaan kebersihan oleh pesakit, ia lebih terdorong kepada jangkitan daripada host lain iaitu orang lain atau perubahan tempat tinggal.

well, aku kena, last year
memang sangat seksa Ya Allahu Rabbi.
malangya aku kena lepas pindah rumah baru dan aku duduk sini sorang2
aku tak tahu yang aku kena jangkitan dan ingatkan aku kena alahan dan ruam2 biasa
aku ni memang sangat senang kene ruam sbb alahan dengan panas dan peluh, badan senang merah2.
so just put my regular lotion and ignore.
I WAS WRONG
merah2 tu xhilang malah makin teruk. aku pulak xsuka jumpa doktor disebabkan beberapa faktor.
ngehehe
dia bermula dengan biji2 berair kecil yang sgt gatal
bila kau garu, (jgn sesekali garu) die akan merebak ke kawasan sekitarnya
HORROR!!

Dan dari situ la die bermula dan akan merebak ke seluruh badan kau
seriously , memang sgt gatal dan x selesa.
mungkin penyakit ni nama kudis buta pun sebab kita menggaru time kita membuta HAHA
seriously kau akan aktif menggaru bila kau sedang tidur, thats why makin cepat merebak

Sadly,
aku tak tahu aku kene scabies
ya aku pergi consult doktor

FIRST DOC:
[doktor swasta lelaki]
"Awak ada alahan ni sy rasa.. alahan makanan"
aku tercengang, sebab selama aku hidup xpernah aku alahan apa2 makanan
"yeke doktor . alahan apa ya?"
"apa yang awak makan akhir2 ni? mungkin itu la yang awak alah"
"ayam"
"mungkin awak alahan ayam la"
what the. heaaaaaa aku makan ayam dr kecik la weeeyyy
dia cume pandang hujung mata je kat kulit aku tu senang je die buat conclusion  .
erghhhhhh!!
terbang RM60
----

disebabkan aku rasa doktor swasta macam merapu and nak consult pon mcm malas aku pon pergila klinik kerajaan.

SECOND DOC:
[doktor kerajaan perempuan]
*mungkin die doktor pelatih kot sbb die g tanya doktor lain
*this time die betul2 cek kat kulit aku tu tapi die xckp pape kat aku
"Okey , awak xleh pakai rantai ye sbb mungkin alahan pada silver"
okey.....mungkin salah satu penyebab makin teruk tp ape main reason kene mcm ni?
die ckp sbb alahan jugak
(-,-) kfine
aku percaya time tu , yela kerajaan kan, just pakai ubat die regularly and..
NOTHING HAPPEN

THIRD DOC:
[doktor kerajaan perempuan-hospital besar]
dah la tunggu lama , bila sampai turn x smpai seminit consult ðŸ˜‚
die just senyum je pandang, ckp eczema
pastu kene g ambil ubat.
and yep, nothing happen

so, antara timeline aku pergi jumpa doktor tu makan masa yang lama jugak , and gatal2 aku tu makin teruk. seriously, banyak berdoa masa tu , kita hanya berusaha , ALLAH SWT yang izinkan kita untuk sembuh.

LASTLY
Aku balik kampung jumpa my mom, my doktor sejak kecik lagi hehe
and bila aku balik je trus die tgok keadaan aku
xsampai sesaat die ckp 
"Kene kudis buta ni . "
aku mcm WOW! Hebatnya mak aku
HAHAHA
so die ajak aku pergi farmasi beli ubat untuk gatal2 aku ni. 
then kat farmasi tu my mum tanya la ahli farmasi tu ubat yang paling sesuai dengan aku then dia bagi aku 
CALAZITE LOTION 
dan pil untuk kurangkan gatal.
----
cmni ghopenye calazite lotion ni. ada di jual di mana2 farmasi alpro dan farmasi2 lain.

----

Lotion ni memang sangat membantu sbb die sejuk dan buat gatal2 tu rasa kurang
and yes, ada la sikit kurang dan luka makin kering TAPI TIDAK SEMBUH SEPENUHNYA.
gatal2 yang baru masih ada yang datang dan tetap tidak pulih.
aku pon da bosan jumpa doktor aku jadila doktor untuk diri aku sendiri.
HAHA
aku mula la study pasal penyakit ni kat google HAHA
hebat sangat kan , and aku cari la ubat2 yang sesuai dengan keadaan aku skang 
AND NOW ! DAH SIHAT SEPENUHNYA!
ALHAMDULILLAH!

------------

Okey. kalau korang terkena penyakit ni, korang boleh cuba apa yang aku pakai ni ya! kalau berkesan, bolehla tinggalkan komen ya!

Petua dulu2 kata kalau terkena kudis buta, kunyit boleh membantu kurangkan kegatalan dan  sebagai ubat pada kulit kita, tapi aku ni malas nak sapu kunyit seluruh badan sebab akan tertinggal kesan kuning pada kulit dan baju kan, so aku cari cara lain iaitu :


HIMALAYA HERBALS : NEEM & TURMERIC BODY WASH
HARGA : RM28.80++  (200ML) 
*harga berubah mengikut pasaran
Himalaya ni produk terkenal la jugak untuk produk penjagaan kesihatan rambut dan kulit. Dulu senang nak dapat kat farmasi, tapi sekarang mcm susah sikit pula. Tapi boleh dapatkan di outlet2 Himalaya ni 
[kalau kat seremban, ada di jual di PALM MALL ground floor sebaris Giant supermarket]
Sabun mandian ni merangkumi daun neem/semambu ni memang terkenal kalau orang terkena ciken pox kan, tapi sabun ni extra kau dapat campuran daun semambu dengan kunyit sekali
HAH! hamik! memang fresh gila kalau mandi pakai ni bainon oiii!
hilang semua gatal2 tu hah !
and make sure kene rajin mandi dan elak berpeluh, pakai baju yang selesa [cotton] dan ringan ;)
HEHE

Lepas mandi, korang boleh sapukan Vaseline 100% pure petroleum jelly.
VASELINE INTENSIVE CARE : PETROLEUM JELLY
HARGA : RM4.50++/50g
*harga berubah mengikut pasaran
sapu pada semua luka2 dan gatal2 yang ada ya,
korang boleh google kebaikan die , banyak sangat. and lepas dah baik ni pon aku masih guna cream ni :)
fungsi die protect and lock moisture pada kulit kita,
and less bacteria akan infect skin kita, so better chance of getting better.
lagipon, biasa la gatal2 akan sebabkan kekeringan, so vaseline ni hydrate skin kita, 
bukan saja melembutkan malah memulihkan kulit kita dari scratch , minor cuts or flakes
luka yang pulih tu pon xtinggalkan kesan parut tau ! yayyy
so agak2 kalau kulit kering tu, sapu sikit ni, kompem lembut je sepanjang hari ✿

Pada waktu malam, 
lepas mandi , korang lap badan kering2 then sapu ubat pembunuh hama ni.

ASCABS LOTION
RM13.00++/30ml
*harga berubah mengikut pasaran

ubat ni memang sangat bagus. baru 2 kali penggunaan nampak sangat perubahan.
boleh dapatkan kan semua farmasi-farmasi. memang ada jual,
lepas mandi, pastikan badan semua kering , dan sapukan pada seluruh badan dari paras leher hingga ke hujung jari kaki.
INGAT! ubat beracun, bersihkan tangan sebelum makan dan lebih baik gunakan waktu betul2 ingin masuk tidur.
Ubat ini perlu dibiarkan pada badan tidak kurang 8 jam dan jangan lebih 24 jam
pastikan semua bahagian badan disapu sebab hama yang berada bawah kulit tu mungkin akan pergi ke tempat yang x terkena ubat ni .,
lepas pakai ubat ni rasa heaven sangaattttttt sbb rasa mcm sejukk je dan xgatal langsung!!
esok paginya boleh la bersihkan semula dengan sabun mandian Himalaya tu, pakai vaseline dan pergi kerja :)
ulang semula sampai la badan betul2 sihat
dan sila henti gunakan ubat ni bila dah tiada lagi tanda2 gatal2 ya!

Seterusnya,
korang kene bersihkan semua benda dalam tempat tinggal korang ;/
dan basuh semua pakaian korang dengan air panas.
and please tinggalkan rumah tu untuk 5-6 hari sementara korang nak pulih.
minta la tolong kawan2 dan keluarga untuk tinggal sementara dan membersihkan rumah korg tu.

untuk bersihkan rumah korang kene mulakan dari siling ke bawah.
sembur dengan racun serangga yang ade, aku gune SHIELDTOX.
berbotol la jugak habis HEHE
sampai ke bawah tikar aku sembur.
no more compromise HAHA

Semua barang2 lain korang masukkan dalam plastic bag. sembur dan ikat kuat2 jangan bagi udara keluar. 
ini untuk pastikan hama yang ada pada barang tersebut mati . sebab jangka hayat hama ni pendek. die akan mati kalau host/pesakit tiada dalam 4-5 hari.

Then, cadar/baju/langsir/tuala/etc semua yang boleh dibasuh,
korang bawak g laundry layan diri tu kan
korang sental semua masuk sana,
guna paling hot temperature masa basuh dan dry.
dah setel semua, simpan dulu rumah lain, tunggu smpai rumah yang da disembur tadi bersih dahulu.
tilam pastikan anda jemur di luar bagi kene cahaya matahari ðŸ”†

Lepas 5-6 hari, boleh la datang semula dan bersihkan semua bahagian rumah,
mop sapu lap la tempat2 berkenaan.
dan boleh la masukkan semula barang2 tadi. 
and live happily ever after
HAHA

and now! xkene lagi dah. pembantu farmasi ni pernah cakap dengan aku yang penyakit ni xkan baik.
well, no komen . HAHA 

TRUST ME, 
macam2 aku guna,
Cetaphil,
Tea Tree Oil,
semua xjalan.
dah la mahal . ceh !
👊

xoxo : apapun kita manusia hanya berusaha, ALLAH SWT juga yang menyembuhkan. In Shaa Allah.

and thank you sebab gigih baca sampai habis ! :p